Mengenai Kami

KENSO didirikan pada tahun 1974. Kami merupakan ahli berdaftar di Malaysian CropLife & Public Health Association (MCPA). Aktiviti organisasi kami khas dalam bidang pengilangan dan pengedaran racun pertanian kimia dan baja. Jenama produk kami “Golden Goose” dan “Cap Bunga” adalah dikenali ramai di kalangan pengusaha-pengusaha ladang dan kebun, serta petani-petani di seluruh Malaysia kerana kualiti produk yang dijamin.

Kami juga mempunyai rangkaian penjualan yang luas dengan wujudnya pengedar di setiap negeri. Kini kami mempunyai melebihi 400 pengedar berdaftar di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Dengan sokongan ramai, kini Kenso telah menjangkaui pasaran Malaysia dengan dirinya perniagaan subidiari di luar negara seperti China, Australia, New Zealand, Indonesia, Thailand, Myanmar, dan Kemboja. Produk kami juga berjaya mendarat di negara-negara lain dalam bentuk pembungkusan khas atas permintaan pelanggan masing-masing.

Product-Range_bm1

Demi mencapai keunggulan kualiti produk, Kenso senantiasa membuat pelaburan ke atas kelengkapan berteknologi canggih dalam kilang dan makmal. Selain itu, produk kami adalah dihasil dibawah pengawasan piawaian SIRIM dan piawaian antarabangsa, iaitu ISO 9001:2015.