Pada bulan April yang lalu, makmal Kenso telah menerima sijil pengiktirafan GLP (Certificate of Compliance to OECD Principles of GLP) oleh Jabatan Standard Malaysia (JSM). Kejayaan ini meningkatkan taraf makmal Kenso seperti sebilangan makmal yang berstatus GLP di seluruh Malaysia.

PENINGKATAN TAHAP KEUPAYAAN INOVASI

Ketua Pengurus Operasi Kenso Corporation, Encik Tan Soon Seng menyatakan, bahawa makmal syarikat Kenso merupakan salah satu pengeluar racun pertanian yang menerajui dalam pencapaian ini. Namun, pengiktirafan skop GLP Makmal Kenso adalah Ujian Fizikal dan Kimia (Physical-Chemical Testing), yang mematuhi piawaian Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan piawaian JSM.

Beliau juga berkongsi bahawa Kenso ditubuhkan pada 1974, kilang yang bertaraf ISO 9001 yang berada di Pulau Indah, Klang sejak tahun 2005 sentiasa berusaha dalam peningkatan teknologi canggih dan berinovasi. Malah, penglibatan dalam GLP adalah atas galakkan kerajaan Malaysia. Tambahan beliau, pihak JSM meletakkan syarat pendaftaran yang tinggi; selain kakitangan makmal harus menjalani latihan professional dan pengalaman tinggi, lalu secara amnya makmal harus mempunyai kelengkapan yang canggih.

Hujahnya, selepas pengiktirafan GLP, pihak pengurusan makmal harus sentiasa mengikuti SOP yang ditetapkan dan juga menyimpan rekod ujian bagi tujuan pengauditan tahunan. Para pengguna khususnya petani akan lebih keyakinan dalam produk Kenso melalui pengiktirafan ini, katanya.

 

USAHA PENDAFTARAN PRODUK DIRINGKASKAN

Selain itu, Pengurus Kawalan Kualiti, June Liew Siew Choon berkata, mempunyai pencapaian ini boleh menjimatkan masa dan meringkaskan usaha semasa membuat pendaftaran produk dengan Jabatan Pertanian Malaysia, secara rumusnya dapat membantu syarikat menjimatkan masa dan perbelanjaan. Tambahan lagi, ini juga memanfaatkan pendaftaran produk di negara-negara lain yang turut sertai harmonisasi racun pertanian, tanpa perlunya pihak kerajaan mereka menghantar pegawai penilaian ke kilang Kenso, secara langsung memberi manfaat yang besar dalam perkembangan di pasaran antarabangsa.

Kenso kini mempunyai pelbagai produk yang berasaskan lebih daripada 30 bahan aktif. Kebanyakkannya terdiri daripada racun rumpai, di mana permintaan tinggi yang berkait langsung dengan aktiviti pertanian yang meliputi keluasan tanah yang besar. Selain racun rumpai, Kenso turut menghasil racun serangga dan racun kulat. Produk dieksport serata dunia, termasuklah negara-negara ASEAN, Jepun, Taiwan, Australia, New Zealand, Pakistan, dan negara-negara Timur Tengah.